Sabtu, 16 Oktober 2010

CARA MUDAH DAN MURAH MEMBUNUH NYAMUK

Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar pelbagai penyakit. Racun pembunuh serangga di pasaran kurang efisien dan bahkan membawa kesan sampingan yang serius. 


Berikut ini cara yang MUDAH dan MURAH yang boleh anda mencubanya.

Bahan yang diperlukan adalah :
- 200 ml air
- 50 gram gula merah
- 1 gram ragi
- botol plastik 1,5 liter

Langkah-langkah







1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bahagian atas/ mulut botol.
  


2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan separuh di bahagian bawah botol yang telah dipotong itu.


 
3. Campurkan ragi. jangan dikacau. Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.

  



4. Pasang/ masukkan potongan bahagian botol atas dengan posisi terbalik seperti corong.
  


5. Balutkan botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali dibahagian atas dan letakkannya di beberapa sudut di rumah anda.
Dalam masa dua minggu, anda akan dapat melihat banyaknya jumlah nyamuk yang sudah mati di dalam botol.

Tiada ulasan: